Latar belakang Pengasas HEALIN
Prof. Dr. Hassan Yaacob adalah seorang penyelidik perubatan dari Universiti Malaya. Beliau ialah pengasas HEALIN dan Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd. Beliau adalah seorang pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Clinical Pharmacology, Royal of Surgeons of England, London. Beliau memulakan penyelidikan Gamat secara serius di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1990. Beliau telah ditaja oleh IRPA program (Intensive Research in Priority Area, Kementerian Sains & Teknologi dan Alam Sekitar , Malaysia). Penyelidikannya ke atas keajaiban gamat dilanjutkan di University of Kyushu dan University of Toyamma Jepun pada tahun 1995-1996 dan berterusan sehingga sekarang. Sepanjang penyelidikan dan pembangunan gamat, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Emas MINDEX (Malaysian Invention and Discovery) pada tahun 1994 dan Hitachi Science Fellowship Research Award 1995 di Jepun. Setelah lebih dari 10 tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan gamat, beliau telah berjaya mengeluarkan produk berasaskan gamat secara komersial di bawah nama HEALIN.
No comments:
Post a Comment